A ) Banjir D ) Ribut Taufan
B ) Kemarau E ) Gempa Bumi
C ) Kebakaran Hutan F ) Letupan Gunung Berapi
BANJIR - Menyebabkan banyak tanaman dan ternakan dimusnahkan. Selain itu ,ia juga boleh mengakibatkan hakisan ,lapisan tanah yang berhumus dan runtuhan tanah di kawasan tebing bukit.
- Berpunca dari hujan yang berlebihan ,leburan salji dan ais juga berpunca dari faktor-faktor pinggir pantai.
KEMARAU - Menyebabkan banyak jenis tumbuhan dan haiwan mati kerana kekurangan air. Selain itu,ia juga boleh menyebabkan kebuluran dan kematian organisma.
- Berpunca apabila sesuatu kawasan mengalami kekurangan air untuk masa yang panjang. Selain itu,ia juga berpunca dari perubahan iklim atau kemusnahan tumbuhan hijau secara mendadak yang membawa kepada sejatan air yang berlebihan.
KEBAKARAN HUTAN - Menghapuskan keindahan flora dan fauna yang diganti oleh spesis baru. Ia memusnahkan banyak kayu balak dan pelbagai spesis organisma. Ia juga menyebabkan jerebu yang membawa kesan buruk terhadap kesihatan manusia.
- Berpunca dari kilat,cuaca panas akibat kemarau & kelalaian manusia.
RIBUT TAUFAN - Ia menyebabkan kemusnahan harta benda dan menyebabkan banjir dan tanah runtuh. Selain itu,ribut taufan dapat menumbangkan pokok yang besar.
- Berpunca dari tiupan angin yang amat kuat berserta hujan.
LETUPAN GUNUNG BERAPI - Menyebabkan kemusnahan hidupan,alam dan harta benda .
- Semua hidupan dimusnahkan oleh lava,abu dan debu.
GEMPA BUMI - Menyebabkan kemusnahan persekitaran dan kehilangan nyawa.
- Berpunca dari kawasan bumi yang bergetar dan merekah...........