Barang siapa berbuat durjana,
Dirinya kelak akan binasa.
Jika kamu berhemah mulia,
Tentu banyak orang yang suka.
Jangan derhaka kepada ibubapa,
Kelak dirimu akan celaka.
Perbuatan mungkar usah di cuba,
Sepanjang hidup menanggung dosa.
Jika kamu menanam budi,
Hidup sentiasa mendapat puji.
Jika selalu berhasad dengki,
Nanti kawan cabut lari.
Hendaklah diikut resmi padi,
Biarpun bijak
berdiam diri.
Barang siapa berhati walang,
Hidupnya sentiasa
rasa terhalang.
Menolong orang jangan berkira,
Tuhan sentiasa memberikan pahala.
Perbuatan khianat amalan keji,
Kelak kawan membawa diri.
Jika kamu bersifat budiman,
Dipandang bagai bunga
setaman.
Jika kamu bersifat dermawan,
Segala orang dapat kau tawan.
Kalau hendak diri dihormati,
Haruslah kita menabur bakti.
Jika kamu bersifat pemurah,
Segala manusia
datang menyerah.
Barang siapa berbuat jasa,
Mulia namanya segenap masa.
Barang siapa berbuat khianat,
Tuhan kelak memberikan
laknat.
Dengki khianat jika dipakai,
Namamu berbau ibarat bangkai.
Jika selalu mungkir janji,
Kelak hidup dicaci dimaki.
Perbuatan salah menyusahkan hati,
Jangan lakukan sehingga mati.
Jika kamu tidak berbudi,
Ramai orang akan membenci.
Baik membawa resmi padi,
Diri selamat disanjung
tinggi.
Jangan membawa resmi lalang,
Diri hina dipandang orang.
Memang senang mendapat kawan,
Andainya dada dipenuhi iman.
Kalau hidup mahu selamat,
Sediakan bekalan untuk hari akhirat.
Jangan jadi kera sumbang,
Diri tersisih dihina orang.
Jangan suka bermain api,
Kelak membakar dirimu nanti.
Jika ingin menjadi insan beriman,
Janganlah ditiru bohsia dan bohjan.
Jika ingin diri disayangi,
Hendaklah kita saling kasih mengasihi.
Jangan suka berhasad dengki,
Kerana itu maksiat hati.
Jangan suka bermain cinta,
Kerana cinta itu buta.
Jika mahu mayat diusung,
Hidup hendaklah berbuat sanjung.
Jika hidup mahu berjaya,
Hendaklah kita rajin
berusaha.
Janganlah kita bersikap sombong ,
Kelak hidup tidak disanjung.
Jika hendak kerja menjadi,
Hendaklah kita bersatu hati.
Jika hendak hidup bahagia,
Dadah itu jangan dicuba.
Selalulah kita membaca fatihah,
Supaya menjadi anak soleh dan
solehah.
Hendaklah kita berbuat ikhsan,
Supaya menjadi ikutan setiap insan.
Jika hidup hendak berjasa,
Hargailah pengorbanan ibubapa.
Janganlah suka mambuang masa,
Kerana masa
itu amat berharga.
Jika hidup mahu bersatu,
Sikap tolong-menolong itu yang perlu.
Hidup mestilah ada cecita,
Kelak masa depan tidak
derita.
Jika hidup sudah berteman,
Jangan lupakan kampung halaman.
Jika suka membaca buku,
Dirimu akan menjadi gedung ilmu.
Jangan suka berbuat maksiat,
Kerana ALLAH maha melihat.
Jika hidup amhu selamat,
Ingatlah hari kiamat.
Jika hidup tidak mahu dilaknat,
Hendaklah kita tinggalkan maksiat.
Janganlah kita memakan harta,
Andainya harta itu bukan milik kita.
KLIK DI HATI UNTUK KEMBALI KE TAJUK ASAL......