Make your own free website on Tripod.com

 

RECIPIE CONNER

KE ARAH KEJAYAAN

BAHAN-BAHAN:

Sebatang pen dan sebatang pensil
Sebuah buku teks
Sebuah buku rujukan
Sebeg buku nota
Kalkulator,projektor
Satu jangka lukis
Semangkuk liquid paper
Pembaris
Pemadam secukup rasa

BAHAN HIASAN:

Segulung ijazah
Seulas senyuman

Sebelum itu kupas perasaan malas,blender lumat-lumat sikap putus asa.

CARA-CARA:

    Mula-mula campurkan pen,pensil,pemadam dan buku nota sehingga sebati,ingat jangan sampai timbul perasaan malas.  Tambahkan lagi usaha yang bersungguh-sungguh,campurkan selalu tepung penaik semangat dan pukul sehingga sebati.  Tuangkan secawan liquid paper untuk mencairkan perasaan iri hati.  Sesudah itu adunkan sekali kalkulator dan projektor,akhir sekali campurkan pewarna buku rujukan dan buku teks sampai rata hingga naik bau dan serinya.

    Apabila semuanya rata,kita tuangkan ke dalam acuan dewan peperiksaan beserta dengan doa dan pada masa yang sama kita masukkan semangkuk tawakal.  Selepas itu,kita masukkan ke dalam oven jawapan dengan suhu yang sesuai dan tunggu sesama beberapa ketika sehingga result keluar.

    Apabila result dah keluar,untuk menyerikan kejayaan itu tambahkan segulung ijazah dan barulah dirasa disertai seulas senyuman yang membanggakan.  Dan jangan lupa....jemputlah bersama keluarga dan orang tersayang.

 

JUS MATEMATIK

BAHAN-BAHAN:

1 cawan formula
segelas pemahaman
1 jag air latihan
1 mangkuk perggulungan
beberapa ketul ais ketenangan & pemerhatian
3 kuntum bunga ketenangan
1 kuntum bunga ketakwaan
5 kuntum bunga iman

CARA-CARA:

   Kisar formula dan pemahaman hingga lumat.  Kemudian masukkan ke dalam gelas ingatan.  Masukkan air latihan dan penggulungan dengan lancar . Kemudian,tambahkan ais-ais ketenangan dan hiasilah dengan bunga-bunga takwa dan iman.

 

KEK CEMERLANG

BAHAN-BAHAN:

4 biji ilmu pengetahuan
250g mentega usaha
200g tepung keimanan
500g kerajinan
satu camca the serbuk penaik semangat
1 canca esen kegembiraan
250g gula halus kesihatan

CARA-CARA:

    Pukul mentega bersama gula kesihatan  sehingga kembang di dalam mangkuk kehidupan.  Masukkan ilmu pengetahuan ke dalam mangkuk kehidupan tadi.  Masukkan tepung keimanan,badam kerajinan,esen kegembiraan dan serbuk penaik semangat dan kacau perlahan-lahan. 

    Tuangkan adunan itu ke dalam acuan peperiksaan.  Acuan peperiksaan hendaklah dimasukkan ke dalam oven tawakkal dan dibakar dengan api keyakinan yang sederhana panasnya.

    Tunggu beberapa ketika sebelum hasilnya dapat dikeluarkan dari oven tawakkal.  Hidangkan ia dengan sedikit hiasan kesyukuran dan nikmatilah bersama sahabat dan taulan. Semoga berjaya.

 

 

    backclr.gif (6135 bytes)bunga.jpg (3339 bytes)nextclr.gif (6076 bytes)