bencana.jpg (7161 bytes)

   Bencana alam memusnahkan persekitaran ,hidupan dan harta benda dengan cepat hingga menyebabkan keseimbangan alam terjejas. Jika keseimbangan alam terjejas , ia akan mengambil tempoh masa yang panjang untuk dipulihkan.  Antara bencana alam yang menganggu keseimbangan alam termasuklah :

         A ) Banjir                                  D ) Ribut Taufan

       B ) Kemarau                               E ) Gempa Bumi

       C ) Kebakaran Hutan                  F ) Letupan Gunung Berapi  

punca.jpg (10114 bytes)

  BANJIR - Menyebabkan banyak tanaman dan ternakan dimusnahkan.  Selain itu ,ia                     juga boleh mengakibatkan hakisan ,lapisan tanah yang berhumus dan                     runtuhan tanah di kawasan tebing bukit.

                - Berpunca dari hujan yang berlebihan ,leburan salji dan ais juga berpunca                    dari faktor-faktor pinggir pantai.

KEMARAU - Menyebabkan banyak jenis tumbuhan dan haiwan mati kerana                     kekurangan air.  Selain itu,ia juga boleh menyebabkan kebuluran dan                     kematian organisma.

                 - Berpunca apabila sesuatu kawasan mengalami kekurangan air untuk masa                     yang panjang.  Selain itu,ia juga berpunca dari perubahan iklim atau                     kemusnahan tumbuhan hijau secara mendadak yang membawa kepada                     sejatan air yang berlebihan.

KEBAKARAN HUTAN - Menghapuskan keindahan flora dan fauna yang diganti oleh                      spesis baru.   Ia memusnahkan banyak kayu balak dan pelbagai spesis                      organisma.   Ia juga menyebabkan jerebu yang membawa kesan buruk                      terhadap kesihatan manusia.

                 - Berpunca dari kilat,cuaca panas akibat kemarau & kelalaian manusia.

RIBUT TAUFAN - Ia menyebabkan kemusnahan harta benda dan menyebabkan banjir                       dan tanah runtuh.  Selain itu,ribut taufan dapat menumbangkan pokok                       yang besar.

                  - Berpunca dari tiupan angin yang amat kuat berserta hujan.

LETUPAN GUNUNG BERAPI - Menyebabkan kemusnahan hidupan,alam dan harta                       benda .

                  - Semua hidupan dimusnahkan oleh lava,abu dan debu.

GEMPA BUMI - Menyebabkan kemusnahan persekitaran dan kehilangan nyawa.

                   - Berpunca dari kawasan bumi yang bergetar dan merekah...........

backclr.gif (6135 bytes)bunga.jpg (3339 bytes)nextclr.gif (6076 bytes)