PENGETAHUAN

BERAPA USIA BUMI?? 

  Soalan ini agak sukar untuk dijawab dengan tepat hinggalah lebih kurang 400 tahun lalu apabila manusia mula memikirkan tentang kewujudannya.  Setelah mengkaji bagaimana matahari bergerak,barulah para saintis tahu di mana hendak dimulakan kajian tentang usia bumi.

   Menurut satu teori yang dipanggil `NEBULAR HYPOTHESIS` terdapat sekumpulan asap tebal berlegar di ruangnya.   Gas ini makin lama makin kecil & panas & apabila telah kecil ia mengeluarkan pula gas dalam bentuk bulatan kecil.  Bulatan ini kemudian berkumpul menjadi sebuah planet yang kepulan lebihnya berkumpul di bahagian tengah menjadi matahari.   Setelah dikaji dengan teliti para saintis mendapati bumi ini berusia 5 bilion tahun.

MENGAPA LANGIT BIRU???

  Apabila kita berada di bumi,kita akan mendapati langit selalu gelap pada waktu malam. Apabila matahari terbit,langit mulai menjadi biru.Keadaan ini berlaku kerana adanya cahaya matahari yang memancar melalui udara.

  Cahaya matahari mengandungi semua warna pelangi seperti biru,kuning dan merah.  Walau bagaimanapun,warna biru lebih banyak daripada warna-warna lain.  Warna biru melimpah dan memenuhi ruang langit.

  Pada waktu senja atau subuh,cahaya matahari panas dan berdebu.  Udara panas berasap menutupi tanah.   Asap dan debu menghasilkan warna-warna lain seperti kuning dan merah.  Langit kemudian menampakkan warna jingga dan merah seperti biji oren yang besar.

KENAPA BULAN MENGEKORI KITA???

  PERNAKAH anda perhatikan bulan ketika anda menaiki kereta?Memang benar ia mengekori kita ke mana kita pergi.   Keadaan ini terjadi kerana semasa kita bergerak dengan laju,segala benda yang kita lihat bergerak sama pantas dengan kelajuan kita.

  Oleh kerana bulan berada di atas dan letaknya terlalu jauh seluruh penjuru kawasan bulan turut berubah dan sekaligus `mengikut` arah kita.  Sebenarnya bulan tidak bergerak,cuma pandangan kita sahaja.

MENGAPA AIR LAUT BIRU???

  Pernakah anda terfikir akan kebiruan air laut.  Ini terjadi kerana keadaan laut yang bertentangan dengan langit yang berwarna biru   akan menjadikan warna air laut biru.  Ini boleh dilihat ketika kita berada agak jauh dari laut,tetapi apabila kita menghampiri laut,warna air laut akan berubah menjadi putih jernih.

MENGAPA HAIWAN TIDAK BERKATA??

  Pernakah anda mendengar haiwan berkata-kata? Biasanya haiwan mengeluarkan bunyi tertentu dan bukannya berkata-kata seperti manusia.   Mengapa haiwan tidak boleh bercakap? Terdapat beberapa alasan mengapa haiwan tidak berkata-kata seperti manusia iaitu menggunakan kata-kata bagi mengeluarkan idea. Kebanyakkan haiwan mempunyai akal TETAPI mereka hanya membuat keputusan berdasarkan tabiat yang diwarisi daripada induknya.

  Selain itu,ketidakupayaan mereka untuk mendengar dengan betul dan menggunakan simbol untuk bercakap adalah salah satu punca mengapa haiwan tidak dapat bercakap sehingga ke hari ini....

BAGAIMANA KEJADIAN MATAHARI????

   Matahari terbentuk daripada awan gas debu yang disebut NEBULA.  Nebula ini mengkondensasi kerana molekul gas menarik satu sama lain.   Tenaga matahari akan kehabisan dan matahari akan menjadi jasad yang tidak aktif.   Matahari dijangka boleh menjanakan tenaga selama 5000 juta tahun lagi.....

APAKAH HUMUS???

  Tanah yang banyak mengandungi humus adalah tanah yang subur.  Dari manakah datangnya humus? Humus sebenarnya berasal daripada haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang lapuk.  Batang kayu dan daunnya lapuk lalu menjadi tanah.

  Apakah yang menyebabkan sesuatu benda itu lapuk? Terlalu banyak sebabnya.  Diantaranya ialah kerana pengaruh kimia di muka bumi,pengaruh binatang yang memakan tumbuh-tumbuhan itu dan pelbagai lagi.

  Binatang-binatang seperti gajah dan sebagainya hingga binatang kecil seperti bakteria-bakteria makan tumbuh-yumbuhan.  Tahi binatang tersebut cepat berubah menjadi tanah yang subur.   Cacing sangat besar pengaruhnya terhadap penyuburan tanah.  Makanan di dalam tubuh cacing itu dihancurkan sampai lumat hingga menjadi tanah.  Cacing membuat lubang di dalam tanah yang memudahkan udara masuk ke dalam tanah tersebut sebagai pembekal OKSIGEN untuk pernafasan tumbuh-tumbuhan....

backclr.gif (6135 bytes)nextclr.gif (6076 bytes)